Sabtu, 24 Mac 2012

pLeAse bE miNe fOreVer

24/03/2012
Alhamdulilah.. akhirnya segalanya terjawab  ^_^
"PLEASE BE MINE FOREVER"
ayat tu akan sy simpan dalam ingatan and aty sy..
thanks awak dah wat sy bahagia n happy sangat..
ya..
mungkin awak bukan yang pertama,tapi insyaallah awak adalah yang terakhir
macam selalu awak cakap..nak kisah VANILLA STRAWBERI kita lebih sweet dari
kisah VANILLA COKLAT kat TV3 <3 <3
INSYAALLAH.. TILL JANNAH ^_^


coklat CRUNCH nie coklat pertama awak bagi saya ^_^
TIME tu awak bagi dengan PENADOL.. sweet ^_^
awak care pasal SAYA..


coklat CADBURRY nie pulak awak bg time kte jalan
baru balik dari kelas JEPUN.. awak cakap awak ada satu,
so lau nak makan bg tau awak ti kite makan sama-sama.. ^_^



biskut nie pulak awak bagi mase kite makan kat TDI
awal-awal awak sembunyikan tak nak tunjuk apa.. dala plastik WATSON ^^,
then nak balik awak bg sy biskut-biskut nie..
*awak share biskut awak yang kat bilik tu dengan saya*


hahaha... yang ni SPECIAL <3 <3
sampai bile2 saya takkan lupa..
tarikh keramat tau.. 24/03/2012
awak NYANYI depan saya,awak try LUAHkan PERASAAN..
even,MENGGIGIL..but,tq awak.. awak wat saya terharu..
for the 1st time.. seorang insan yang bernama LELAKI..PROPOSE saya depan-depan ^^,
*PLEASE BE MINE FOREVER*
*AWAK,SAYA TERIMA*


and,sebagai KESIMPULANNYA..
tarikh KERAMAT tu.. saya kumpulkan SEMUA yang awak bagi..
and
U'RE MINE FOREVER..
INSYAALLAH..TILL JANNAH.. <3 <3


Jumaat, 23 Mac 2012

somEthing About MEmoriEs

KENANGAN?

alahai... kenangan tu memang seronokkan
TERUTAMANYA bile kenangan tu sesuatu yang wat kite happy n bahagia ^_^
tapi lau kenangan tu sesuatu yg HAPPY n SEDIH camne??
OK! saya rasa camtu skunk nie..

awak-awak..memang la dlu awak org yg saya happy..
tapi DULU.. n saya harap KENANGAN kite tu dah lama terkubur..
saya tak nak ingat n tak larat nak pikir sorang-sorang..
SERIUS ti saya NANGIS (T.T)

*try tok lupe kan awak.. even sebenarnya SUKAR..
try tok cari kebahagiaan yang BARU.. but STILL tak dapat.. (T.T)
even dah meet SOMEONE nie..

*and awak (mr.S) saya tau awak dah wat yang terbaik tok jadi yang baik..
and saya pon happy kenal awak.. serius saya SAYANG awak..
so I hope u're the only guys that can care about me..

what i'm feel only me know

Isnin, 12 Mac 2012

syaeiddin a.k.a aaron aziz



salam ukhwah :D

kali ni... nak cite pasal someone yang di anggap klon AARON AZIZ...
cube n try compare kan pic diatas nie.. ada ala2 AARON AZIZ ke si SYAEIDDIN nie??
penat search at internet nak tgok pic between KIDEN n AARON =.=" haha
ini je mampu.. :P
ape la abg tu.. TOLONG JANGAN SAMAKAN HERO SAYA DENGAN SAPE-SAPE OK.. :D
mane ley samakan... ti HERO saya dah tak istimewa la.. :D
DIN is SYAEIDDIN.. not AARON AZIZ.. :P hehhehe

awak,awak,awak.. :D
jangan RIAK tau abg tu cakap camtu :D
hehehhe....
dy saje nak amek aty awak.. suh jadi pelakon dy.. :P
<3 <3 <3

Isnin, 5 Mac 2012

LOVE BETWEEN US


<3 AIR YANG DICINCANG TAKKAN PUTUS <3


Everything is about us ^_^

SYAZWANIE,SYAZWAN,IZZNOOR
1st time men pose kat pantai punggur,RENGIT
the best momment before FINAL EXAM..
seorang kakak akan menjaga adik-adiknye..
so sama je macam saya <3 <3
even akak always marah-marah u guys but i LOVE u so much..

 i'm the eldest (syazwanie)


 He is the 2nd (syazwan)
adik yang paling manja n paling rapat (izznoor)

hahha.. nie dinamakan takde keje <3 <3

minta amek PIC tapi suh amek PIC belakang dy =.=" haish..


SESUNGGUHNYA SEJAHAT-JAHAT MANA PON KITA ADIK BERADIK
EVEN KERAP BERCAKAR,OR BERGADUH N SEKUAT MANA PON AKAK BEBEL KAT KOWANG, KOWANG ADALAH SEGALANYA 

Jumaat, 2 Mac 2012



10 PETANDA DIA JODOH KITA…

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.